Sunday, December 29, 2013

Impian Jadi Kenyataan



Bermula dengan sebuah impian terlahirlah sebuah transformasi yang mampu mengubah seseorang yang biasa menjadi luar biasa. Setiap manusia didunia yang kaya dengan impian adalah lebih dekat untuk mencapai segala impian mereka. Namun sekiranya manusia amat miskin impiannya tidak akan berlaku perubahan dalam hidupnya. Seperti yang pernah dikatakan bahawa orang yang paling miskin bukanlah kerana tidak memiliki harta tapi mereka tidak mempunyai impian yang besar.

Minggu lepas saya ada jahit baju kurung. Yeaahh, dengan sekali percubaan saya dapat menghasilkan sehelai baju kurung (bangga sekejap). Mesti semua nak tahu kenapa saya jahit baju kurung kan?

Saya jahit baju kurung sebab saya selalu ada masalah beli baju kurung time raya. Susah sangat nak cari baju kurung saiz saya. Biasalah orang kurung keding kena pakai baju saiz ‘xs’. Selalunya baju yang saya suka mesti tak ada saiz saya. Sakit hati!!! Nak buat macam mana salah saya juga yang suka shopping raya akhir-akhir Ramadan sebab harga murah, boleh tawar menawar kan? kan? kan?. Makcik-makcik mesti suka ni.

Harga murah? Ya, harga pon jadi masalah hehe baju kurung sekarang dah mahal tak macam dulu dah. Malaysiakan nak menuju ke arah wawasan 2020 semua harga naik. Harga minyak naik, harga elektrik naik semua naik lah. Ok, saya bukan nak cerita pasal kenaikan harga sekarang ni. Masa saya pergi beli baju kurung untuk raya haritu, saya tengok harga sehelai baju kurung semua RM100+++ rasa macam @%$@*#$*. Baju kurung Pahang yang simple tak ada sulaman pon harga mahal macam tu. Ok, tak baik merungut!!

Saya ni lepasan STPM mungkin saya akan sambung belajar nanti dan mestilah perlukan baju kurung yang banyak kan. Saya terfikirlah macam mana saya nak beli baju kurung nanti. Jadi, dengan hobi saya yang suka berangan sebelum tidur tu memberikan saya idea untuk jahit baju kurung sendiri. Saya bayangkan saya jahit baju kurung sendiri dengan beli kain yang berharga RM40 dapat hasilkan sehelai baju kurung dibandingkan dengan beli kat kedai yang mahal tu. Wah jimat!!!! Saya ni bukan berkira tapi berjimat :)

Saya bagi tahu la makcik saya pasal “angan-angan” saya tu. Makcik saya suruh saya masuk kolej komuniti ambik kursus pendek jahitan tapi sebab saya ni penakut dengan mesin jahit saya rasa lebih baik saya belajar sendiri dekat rumah dengan bantuan Mr.Google. Haa, berkat usaha, sokongan orang terdekat, bantuan Mr.Google dan Allah SWT maka tercapai “angan-angan” saya tu haha. Sebenarnya saya sendiri pon tak percaya yang saya mampu jahit baju kurung.

Jadi pengajarannya disini, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kita Cuma perlu duduk diam seketika dan fikirkan jalan penyelesaiannya. Selain itu, kita perlu sentiasa cabar diri kita untuk buat sesuatu yang belum pernah kita buat. Jangan fikir yang kita tak mampu lakukannya sedangkan kita belum mencubanya lagi. Selagi kita tak cuba selagi tu kita tak tahu kemampuan kita. Ingatan untuk saya jugak!! Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Eh, sesuai ke pepatah ni. Tak kisahlah, nak letak juga hahaha. Tetapi ingat ya adik-adik, hanya cuba sesuatu yang baik-baik sahaja, janganlah cabar diri pergi merempit pulak. Lepas tu cakap kak mimi yang cakap. Tak baik tahu tak baik!!! (bajet akak-akak hahaha)



Okeylah, saya doakan semoga awak-awak semua berjaya mencapai impian masing-masing dan teruskan berimpian dan berusaha menjadikannya satu kenyataan.

Saturday, December 28, 2013

Indah Khabar Dari Rupa Camera360



Assalamualaikum and hai :)


Hari ni Mimi nak cerita pasal rahsia nak jadi cantik, cun melecun dalam gambar. Bagi mereka yang suka mengedit gambar tu, mesti dah tahu pasal camera360 kan? tapi tak kisahlah saya nak cerita jugak :). Saya ni suka sangat edit gambar terutama sekali time bosan memang habis gambar-gambar saya edit. Jadi, dah macam-macam aplikasi la yang saya dah guna untuk edit gambar tapi bila saya guna camera360 ni terus jatuh hati dengan effect dia yang cantik. Kalau korang nak tahu dah lebih 150,000,000 pengguna camera360 di dunia, salah seorangnya mestilah saya hehe dengan pengguna yang ramai ni membuatkan camera360 ni jadi aplikasi edit gambar yang paling popular di dunia. Camera360 menyedikan rangkaian lengkap pilihan fotografi mudah alih profesional lagi menarik. 

Apa yang menarik pasal Camera360 ni dia ada 14 effect yang boleh dipilih untuk mengikut kesukaan iaitu enchance, magic skin, lomo, light colour, HDR, retro, sketch, colourful, dreamlike. 1839, ghost, magic color, B&W and huge head. Dengan effect yang banyak ni boleh buatkan gambar korang yang biasa-biasa tu jadi lebih menarik, terutama sekali bagi bahagian kulit wajah daripada tak licin jadi licin selicinnya. 






Antara effect yang banyak tu saya suka guna effect sweet dalam pilihan light colour. Effect ni akan buat kulit wajah saya jadi putih, licin dan semua jerawat-jerawat hilang dengan sekelip mata wink macam gambar di atas itu. Haaa, bagi siapa-siapa yang puji kulit wajah saya cantik cun melecun tu inilah rahsianya hahahaha tapi tak semua gambar saya edit.

Awak-awak semua bolehlah dapatkan aplikasi camera360 ni dekat Play Store bagi phone android. Selain tu, korang bolehlah follow diaorang dekat facebook https://www.facebook.com/camera360official dan twitter https://twitter.com/Camera360 untuk dapatkan lebih lanjut tentang kelebihan camera360.